Wednesday 13 March 2013

Petua Rasulullah saw Tentang Penyakit Kronik..


Assalamualaikum dan salam sejahtera .. terasa lama tak berblog ni sampai tahap dah berdebu dan berhabuk niee hehehe .. Dah sarapan belum ? kalau belum cepat cepat la yee nanti penyakit yg tak di undang datang pulak kan .. Di pagi yang indah ni Tetiba terdetik di hati ni untuk share satu petua tentang penyakit kronik nie .. Nak taw jenis2 penyakit kronik ? okay meh nak tunjuk antaranya :

1- KANSER
2-SERANGAN JANTUNG
3-PULMONARY HYPERTENSION
4-Tumor dan kecacatan pembuluh darah di otak
5-PENYAKIT HIV dan AIDS;

Sebenarnya ada byk lagii tapi saya senaraikan lima je lahh hehehe .. Mungkin cara hidup masyarakat Malaysia yg gemar makan makanan SEGERA dan BERGORENG antara punca penyakit kronik semakin menjadi jadi .. Tapi apa apa pun setiap masalah ada penyelesaiannya .. tak usah bimbang .. Jgn jemu memohon petunjuk dari Yang Maha Esa utk menyelesaikan setiap masalah yg kita hadapi ..

Sekiranya kita mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik , nasihat lah mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saw;

"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Okay la , sampai disini dulu .. kalau ada apa apa info lagi InsyaAllah saya akn cuba luangkan masa untuk share sedikit sebanyak tentang perkara lain pulak ..

Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah dan sihat tubuh badan kepada kita semua agar mudah untuk kita beribadahhhh  .. Wassalam :) !

No comments:

Post a Comment