Monday 18 March 2013

T.I.D.U.R ?




Haii Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ! Alhamdulillah hingga saat ini Allah swt  masih mengizinkan ambe untuk bernafas kan .. Sekarang jam dah menunjukkan hampir pukul 1.30 pagii ... Sebenarnya umair sengaja je kot berblog time cam nii sebab sesuai dengan tajuk kan hahaha ... Ok lahh sebelum tido Umair nak taip pasal adab adab tidur dan bangun tidur ..

Tidur nii amat penting dalam kehidupan seharian kita bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan kita kan so sebelum terlelap meh baca adab adab dia dulu kayy .. jhehehe

Tidur merupakan hikmah drp Allah swt , dan Nabi saw mengangkat darjat tidur dari hanya sebuah tabiat manusia kpd makna ibadah dan muamalah dgn Allah swt .. Dgn itu jika seseorang ingin tidur terdapat byk sunnah yg diamalkan Nabi saw ..

Pertama , persediaan tidur awal bagi memudahkan kita bangun sebelum Subuhh .. jika seseorang ingin tido , disunnahkan berwudhu' dan gosok gigi .. seterusnya bila nak tido , tido lah di atas sisi kanan nyaa serta di sunnahkan meletakkan tapak tangan kanan di bawah pipi kanan nyaa .. Seterusnya di sunatkan berdoa dgn doa yg telah Nabi saw ajarkan kpd kita sepertii kat bawah ni , hafal taw jangan tak pulakk hehehe :-

"Dengan nama Allah aku letakkan sisiku dan denganMu aku angkatnya kembalii , Ya Allah jika kamu genggam nyawaku maka ampunkan daku dan jika Kau hantarkan ia kembali maka peliharalah ia sebagaimana Kau pelihara hamba2Mu yang solehh" Amiin ..

Selain tu jugak disunatkan membaca Ayat Kursi , Surah Al Kafirun dan jugak 3 Qul tuhh sebanyak 3 kalii .. Kita perlu amalkan ni sebelum tido sebab ia dpt menjadi benteng daripada perkara yang burukk so dapat lah tido dgn lena kann hehehe ...

Allah berfirman : "Dan kami jadikan tidur sebagai alas" .. so dengan itu disunatkan bertaubat kepada Allah swt dari segala dosa sebelum tido dan tido dgn hati yang bersih dan memaafkan semua orang , maklum lah kita ni manusia yg sering melakukan kesalahan kann kan kan ..

Rasulullah saw bersabda : "Adakah kamu mampu menjadi eperti Abu Dham Dham ?"  Maka para sahabat tertanya tanya "Siapakah Abu DhamDham wahai Rasulullah ?" Jawab Rasulullah "Beliau adalah lelaki biasa di kalangan org Islam , apabila dia berbaring di atas tilamnya dia berkata , "Wahai Tuhanku sesungguhnya aku sedekahkan kehormatanku ke atas manusia yg menyakitiku , berkata tentangku , dan mengumpatku , aku ampunkan dan maafkan mereka semuanya" .. Maka kemaafan ini akan menjadikan kita tido dgn hati yg bersih dan suci .. SubhanaAllahh !

Teringat dengan satu lagi kata kata ni .. "Tidur adalah ibadah jika ia disertakan dengan niat takwa dalam mentaati ALlah"

Next , Baginda saw telah bersabda "TIdurlah sebentar ( sebelum waktu Zohor ) , sesungguhnya syaitan tidak melakukannya" .. Namun ia hanylah tido yg sekejap dan Nabi saw memBENCI tido selepas SUBUH dan ASAR kerana pada waktu tu Allah sedang membahagikan rezekiNya .. ingat taw ! heheehe

Dan apabila manusia melihat sesuatu yang menakutkan dalam mimpinya , Nabi saw ajar agar membaca ta'awwuz dari syaitan yang direjam dan meludah 3 kali ke sebelah kiri .. Siapa yang beramal dengan adab tidur maka tidurnya seperti jaga ..


Seterusnya antara sunnah Rasulullah semasa bangun dari tido , baginda menyapu mukanya dengan tangannya iaitu menyapu kesan tido dari wajahnya kemudian baginda mengingati Allah swt dan berdoa :


"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadaNya kami kembali , telah berpagi pagi kami dan berpagi pagi segala kerajaan itu milik Allah" .. dan baginda bersiwak , berwudhuk dan solat ..


Baginda memberitahu kita bahawa syaitan mengikat kepala manusia dengan 3 simpulan semasa dia tido , apabila dia bangun dan mengingati Allah maka terlepas satu simpulan , semasa berwudhuk maka terlepas satu simpulan dan semasa dia solat maka terlepas lagi satu simpulan .. Maka dengan itu kalau kita tidak melakukan perkara ini , kita bangun dalam keadaan yang tidak baik ..


Kita berharap beramal dengan adab Rasulullah saw ni akan menjadi kan tido seharian kita lebih diberkati oleh Yang Maha Esa dan kita dimuliakan oleh Allah melihat Rasulullah dalam mimpi serta berkumpul bersamanya di akhirat kelak  .. ameen ! siapa tak nak kan bertemu dengan kekasih Allah ni kan and boleh dikatakan satu pengalam yg terindah sepanjag hayat kita ni hehehe .. Dan itu adalah kerana berkatnya firman ALlah :

"Katakanlah (Muhammad) , jika engkau mencintai ALlah maka ikutilah aku , engkau akan dicintai Allah" .. Wallahualam .. !

Okaylah sampai disini saje post Umair kali ni , dah tiba masa nya nak tido ni lagipun tangan dah penat menaip ni eheehee , insyaAllah kalau ada masa lapang lagi tajuk lain pulak akan menyusul hehehe and Umair harap post ni bermanfaat dan dapat beramal dengannya neh neh neh .. yang baik datang nya daripada Allah , yang buruk datang nya daripada ambe sendiri .. so kalau ada salah silap harap dimaafkan kay ? hehehe

Wassalam ! Good Nyteee ! :*




No comments:

Post a Comment