Monday 24 September 2012

Seandainyaku Pergi Dulu ...


Tiba-tiba aku teringat diri aku semakin hampir dengan ajal yang telah ditetapkan oleh yang Maha Esa ! Dalam usia aku yang masih 'mentah' ini , aku merasakan terlalu banyak dosa yang aku sedang pikul ..aku sentiasa terfikir apakah bekalan yang aku bawa nanti apabila bertemu yang Maha Kuasa ..

Aku sering berdoa agar dipanjangkan usia supaya aku sentiasa dapat bertaubat dan kembali kepadaNya .. Aku mempunyai cita-cita tersendiri iaitu aku sangat teringin menguruskan sendiri jenazah kedua ibu bapaku sendiri   jika dipanjangkan usia .. Jika aku pergi dahulu ,aku sangat berharap agar adik beradikku yang lain mampu menunaikan hajatku yang tersimpan  ! Ma ! Abah ! jangan tangisi jika umair pergi dahulu kerana semuanya telah ditakdirkan semuanya oleh yang Maha Esa ... umair akan usaha persembahkan result yang terbaik dalam SPM kelak kerana hanya itu sahaja yang mampu dilakukan untuk membalas segala pengorbananmu ! .. InsyaAllah ..

Kawan ! andai hari ini yang terakhir buatku .. aku harap mu semua maafkan kesilapan yang telah aku lakukan .. aku seorang insan biasa yang penuh dengan kesilapan .. Aku jugak harap mu semua halalkan makan minum aku ! Aku selalu doakan yang terbaik dalam kehidupanmu kawan-kawanku semua ! Tanpa mu semua kawan mungkin aku tidak mampu mencapai kejayaan seprti hari ini .. Andai aku pergi dahulu . jangan ziarahi jenazah aku kerana pada masa itu aku tak mampu  untuk mengelap air matamu lagi ! Pada masa itu , aku hanya mengharapkan doa  daripadamu ! Aku sering teringat dengan satu ungkapan iaitu setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati ... Wassalam !

#SAYANGMUKAWAN !!

Ya Allah , Panjangkanlah usiaku , usia kedua ibu bapaku dan usia rakan-rakanku ini ...


No comments:

Post a Comment