Friday 6 July 2012

Solat Sunat Tahajjud

Hyeeeppppp !!

Haaaa !! pada malam ny umair nak post pasal Solat Sunat Tahajjud (*ehh btol ke eja camto ekk??) sory kalau silap ...heeee ..umair nak tnye korunk prnah buat x solat ni ekk ?? oyaa ..solat sunat ny agak sukar utk dilakukan bg ssiapa yg xprnah lakukan memandangkan waktu dyee 1/3 malam ( best tido time ny ) heee...kpd yg xprnah buat to lpas ni amalkannye pada setiap mlm ok byk fadhilat taw  :) ...OK jhumm bace kt bwh ny plak ..pastikan baca sampai hbess taw jgn maen skip-skip plak  :)  !! 

Jhummm baca hadis ni :

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Kesusahan hanya dirasai mereka yg jarang atau tak prnah melakukannya, tp bagi mereka yg biasa, ia mnjdi satu kenikmatan.Malah, bg yg dpt menghayatinya mereka akn berasa kerugian bsr jika tertinggal drpd mengerjakan solat sunat ny..

Pada 1/3 malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas utk mengumpul air mata taubat bg menyiram api neraka yg sedia menanti utk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Nak taw keistimewaan Solat Tahajjud ?? OK jhummm baca ni :

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat mlm dgn berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-

* Jauh drpd segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Perckpannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Sementara empat perkara di akhirat ialah:-

* Dibangkitkan dari kubur dgn wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cpt melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”

Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).

Beberapa keutamaan yg diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah spt berikut:

1. Tercatat sbg org yg baik dan berhak mendpt anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).


2. Mendpt penyempurnaan di ats kekurangan dlm ibadat wajibnya, hingga dpt menempati 
    darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).


3. Mendpt pujian drpd Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).


4. Dilihat sbg org yg beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).


5. Darjatnya dibezakan dgn org yg malas (Surah az-Zumar ayat 9).

Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”

Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah S.A.W, “Ketika Rasulullah S.A.W masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah S.A.W. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau. Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika, saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi itu ada beberapa orang yang saya kenal. Saya lalu berkata, “Saya berlindung kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan malaikat lain yang berkata padaku, “Jangan takut.” Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja di malam hari.

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).

‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

haaaaaaaa !!! daaa hbesss baca ?? so , camne ?? byk tak keistimewaannya ..mungkin byk lagi kot keistimewaan dye yg kita tak taw ...tp yg pntg AMALKANNYA pd stiap mlm ok :) ...hurmmm ok smpai sini dulu post umair utk mlm ni ...hari ny hari yg memenatkan so kne tido awl cket bru cergas esk hari :) ...nnty klu ad lgi masa lapang umair akn post bnda laen plak ok ....jgn lupa solat tahajjud !! heeee

Kbhaiiiiiiiiiii :) Gud Niteee !!!




No comments:

Post a Comment