Saturday 18 May 2013

Izinkan Aku Menangis :(


Syukur alhamdulillah kepada Allah s.w.t kerana masih lagi diberi nafas olehNya dan dipinjamkan roh untuk terus mengabdikan diri kepadaNya .. Hidup ni penuh dgn ujian yg dihantar olehNya agar diri kita ini sentiasa mengingatiNya setiap masa .. :(


Aku ingin menangis seketika,
Mengenang diri yg semakin dewasa ini,
Hidup kita sememangnya tidak sempurna,
Tetapi hakikatnya kita perlukan kesempurnaan untuk hidup ..


Sekali lagi aku terjatuh dan terjatuh..
Tak mampu lagi nak bangkit menyuarakan apa yg tersirat dalam qalbu..
Hanya mampu berdiam diri ketika diri sendiri di persalahkan setiap hari..
Aku biarkan semua ini terus berlalu dengan sekelip mata..


Sekali lagi berlaku dan terus berlaku..
Adakah aku cukup kuat utk bertahan dan terus mempertahankan semua ini ?
Sampai bila hati akan jadi sebegini?
Memendam rasa hingga penghujungnya?
Bukan ini yg aku mahukan dari sebuah kehidupan ..
Kebahagiaan yang ingin dikecapi hanya mimpi ..
Sesekali aku takkan pernah nyatakan apa yang aku inginkan ..


Kenapa harus aku menangis dan terus menangis?
Adakah aku sedang bermain dengan emosiku sendiri?
Atau aku sedang asyik melayani mimpi disiang hari?
Inilah dugaan yg harus aku tempuh
Aku kuatkan diri menghadapi ini semua..
Biarlah dengan kata orang..
Aku tetap akan teruskan kehidupan didunia yang fana ini….
Kerana aku tahu tiada kehidupan yg lebih bahagia..
Melainkan di akhirat sana kekal abadi ..

Izinkanlah aku terus menangis di dunia ini…
Kerana aku tahu satu hari nanti tangisanku ini bakal terhenti .. :'(

Wassalam ..

No comments:

Post a Comment