Saturday 18 May 2013

Aku Pasrah , Ya Allah


Syukur alhamdulillah kepada Allah s.w.t kerana masih lagi diberi nafas olehNya dan dipinjamkan roh untuk terus mengabdikan diri kepadaNya .. Hidup ni penuh dgn ujian yg dihantar olehNya agar diri kita ini sentiasa mengingatiNya setiap masa .. :(





Aku tidak mahu KALAH dalam percaturan hidup ini.. tabahkan diriku ini.. walau sebanyak mana dugaan yang menimpaku..aku tahu Engkau masih sayangkan diriku ini.. akan tetapi masih banyak nikmat yang masih dapat kukecapai.. nikmat iman dan keyakinanku padaMu Ya Allah ..


Mungkin Engkau mendugaku…ku tahu itu adalah ujian dariMu , dlm masa yg sama mungkin anugerah daripadaMu kpdku .. bila mengingatkan ujian atas kasih sayang manusia..aku tak terdaya..andai jodohku telah tiba, aku mohon Engkau jodohkanlah aku dengan isteri yang solehah...isteri yang bila ku pandangnya, aku sentiasa mengingatiMu..dan andainya aku tahu aku tak ada hak untuk dijodohkan dengan sesiapa yang layak denganku..aku terima Ya Allah.. mungkin ini adalah kifarah atas segala dosa2ku yang lampau..mungkin juga ujian untuk melihat ketabahan dan kekuatan jiwa hambaMu ini..


Tidak banyak yang ingin kupohon dariMu..
kuharap andai ini semua telah ditakdirkan untukku hadapi semasa hayat ku atas dunia ini ..
berilah aku sedikit masa dan peluang untukku membahagiakan kedua-dua insan kesayanganku.. ayahandaku dan bondaku yg tercinta...” Amiinn !

No comments:

Post a Comment