Tuesday 18 June 2013

Alkisah RM 10 dan RM 100

DUIT RM 100 & RM 10

RM 10 : Aku cemburu dengan kau

RM 100 : Kenapa pulak?

RM 10 : Kau dipegang oleh orang2 kaya, dibelanja di tempat2 mewah. Semua orang menghargai kau. Tak macam aku..

RM 100 : Walaupun aku selalu dipegang oleh orang2 kaya tapi aku selalu dibawa masuk ke tempat2 maksiat, kelab malam, tempat main judi. Sebenarnya kau lagi beruntung. Aku cemburu dengan kau...

RM 10 : Kenapa pulak?

RM 100 : Walaupun aku dihargai semua orang, di bawa masuk ke tempat2 mewah, tapi aku jarang sekali dapat masuk dalam tabung masjid...

Sunday 2 June 2013

Nukilan buat sahabat :)

Kita harus akur bahawa satu hari nanti kita perlu berpisah setelah sekian lama bersama menadah ilmu sewaktu di SMKR dahulu .. Sekarang masing2 mempunyai hala tuju dan haluan tersendiri untuk membina masa depan yg lebih cerah .. Ingat , kita hanya mampu merancang dan Allah juga mempunyai perancanganNya tetapi perancangan Allah jauh lebih baik drp perancangan yg kita rancangkan .. :)

Berbagai pengalaman pahit dan manis yg aku dapat kumpulkan sepanjang hampir 2 tahun bersama dengan kalian dan saat2 indah bersama kalian tidak mungkin akan aku lupakan sama sekali ..

Ingat , berapa jauh sekali pun kita merantau untuk mencari ilmu , jgn sesekali lupa akan yang Maha Esa .. Perbetulkan niat kita belajar hanyalah kepadaNya .. Jangan pulang dengan tangan kosong sebaliknya pulanglah dengan kejayaan !! .. Kita bakal menempuh alam baru , alam yang lebih mencabar dari sebelumnya .. Jaga hubungan dengan Allah , InsyaAllah Allah akan jaga kita :)

Halalkan lah segala rezeki dan kebaikan yg kalian kongsikan padaku , halalkan ilmu yang kalian tumpahkan padaku , halalkan didikan yang kalian pernah berikan padaku dalam apa jua bentuk dan keadaan .. Rasa penghargaanku hanya mampu ku balas dengan doa .. Moga Allah SWT meredhai ukhuwwah kita .. :)

Biar sebanyak mana nikmat limpah kurniaNya , segala isi di langit dan di bumi adalah milikNya juga .. Apa saja yang kita miliki sekarang dan selamanya adalah pinjaman semata2 dan
gunakan lah pada jalan keredhaanNya.

Kita harus berusaha dan jangan lupa berdoa kepadaNya ..
Selebihnya biar Allah SWT yang tentukan yang terbaik buat kita semua :)
Tawakkal lah kepadaNya ..

Aku doakan yang terbaik buatmu semua !! dan InsyaAllah kita bakal bertemu kembalii satu hari nanti  :)
Salam ukhuwwah, salam kasih dan sayang buat semua

Tuesday 21 May 2013

Be Patient :)




Ya Allah Ya Tuhanku, 
Andai masanya belum tiba, 
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta, 
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan, 
Agar Kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan, 
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan, 
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat, 
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai, Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah Ya Rahman, 
Jika aku jatuh cinta, 
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, 
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya, 
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya, 
Maka hilanglah cintaku padanya, 
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah Ya Rahim, 
Dan jika dia mencintai aku, 
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga, 
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepada-Mu, 
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu, 
Kerana dari situ lahirlah rahmah & mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah Ya Hakim, 
Jika ini bukan masanya, 
Jika ini belum saatnya, 
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami, 
Jarakkan kami, 


Pisahkan kami, 
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah, 
Agar kami tak mengundang murka-MU, 
Agar kami dapat lebih menjaga hati, 
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah Ya 'Alim, 
Andai dia bukan untuk ku, 
Andai dia bukan jodohku, 
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya, 
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya, 
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu, 
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku, 
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Aamiin Ya Rabbal 'Alamin

Terlanjur Menyintaimu


aku memang terlanjur meyintaimu,
dan tak pernah aku sesali itu,
memegang janji setiaku
ku mohon jangan jadikan semua ini
alasan kau menyakitiku
meskipun cintamu tak hanya untukku
tapi cubalah sejenak mengerti
bila rasaku ini rasamu
sanggupkah engkau menahan sakitnya khianati cinta yang kau jaga
cuba bayangkan kembali betapa hancurnya hati ini
kasih ..
semua telah terjadi ..

aku mmg terlanjur menyintaimu ..

Saturday 18 May 2013

One Dayyy !

Syukur alhamdulillah kepada Allah s.w.t kerana masih lagi diberi nafas olehNya dan dipinjamkan roh untuk terus mengabdikan diri kepadaNya .. Hidup ni penuh dgn ujian yg dihantar olehNya agar diri kita ini sentiasa mengingatiNya setiap masa .. Allahu !

Tidak ada apa yg aku impikan selain DIHARGAI olehmu .. Mungkin saat ini awak tidak menyedari betapa pentingnyaku dalam kehidupanmu sehinggalah pada satu masa aku akan meninggal kan dunia yg fana ini buat selama lamanya setelah "dijemput" Illahi .. Wassalam :)


Buatmu , IBU !

Ibu? bergenang airmataku ..
Terbayang wajahmu yang redup sayu ..
Kudusnya kasih yg engkau hamparkan ..
Bagaikan laut yg tak bertepian ..


Biarpun kepahitan telah engkau rasakan ..
Tidak pun kau merasa jemu ..
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu ..
Dari kecil hingga dewasa ..

Hidupmu kau korbankan ..
Biarpun dirimu telah terkorban ..
Tak dapat ku balasi ..
Akan semua ini ..
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu ..

Ibu? kau ampunilah dosaku ..
Andainya pernah menghiris hatimu ..
Restumu yang amat aku harapkan ..
Kerana di situ letak syurgaku ..


Tabahnya melayani kenakalan anakmu ..
Mengajarku erti kesabaran ..
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan ..
Menyuluh jalan kehidupan ..

Kasih sayangmu sungguh bernilai ..
Itulah harta yang kau berikan ..

Ibu? kau ampunilah dosaku ..
Andainya pernah menghiris hatimu ..
Restumu yang amat aku harapkan ..
Kerana di situ letaknya syurgaku ..

Tabahnya melayani kenakalan anakmu ..
Mengajarku erti kesabaran ..
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan ..
Menyuluh jalan kehidupan ..

Kasihanilah, Tuhan? 
Ibu yang telah melahirkan diriku ..
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku ..
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana ..

Amiin .. I Love You , Ma :)


Dalam Sujud Cintaku

Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.


Allahuakbar !!

Saat Cinta Bersemi ..


Allahu Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau


Allahu Rabbi
Aku meminta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan
kasih-Mu
dan membuatku semakin mengagumi-Mu
Allahu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allahu Rabbi
Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu...
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Amin Ya Rabbal Alamin ...

Aku Pasrah , Ya Allah


Syukur alhamdulillah kepada Allah s.w.t kerana masih lagi diberi nafas olehNya dan dipinjamkan roh untuk terus mengabdikan diri kepadaNya .. Hidup ni penuh dgn ujian yg dihantar olehNya agar diri kita ini sentiasa mengingatiNya setiap masa .. :(





Aku tidak mahu KALAH dalam percaturan hidup ini.. tabahkan diriku ini.. walau sebanyak mana dugaan yang menimpaku..aku tahu Engkau masih sayangkan diriku ini.. akan tetapi masih banyak nikmat yang masih dapat kukecapai.. nikmat iman dan keyakinanku padaMu Ya Allah ..


Mungkin Engkau mendugaku…ku tahu itu adalah ujian dariMu , dlm masa yg sama mungkin anugerah daripadaMu kpdku .. bila mengingatkan ujian atas kasih sayang manusia..aku tak terdaya..andai jodohku telah tiba, aku mohon Engkau jodohkanlah aku dengan isteri yang solehah...isteri yang bila ku pandangnya, aku sentiasa mengingatiMu..dan andainya aku tahu aku tak ada hak untuk dijodohkan dengan sesiapa yang layak denganku..aku terima Ya Allah.. mungkin ini adalah kifarah atas segala dosa2ku yang lampau..mungkin juga ujian untuk melihat ketabahan dan kekuatan jiwa hambaMu ini..


Tidak banyak yang ingin kupohon dariMu..
kuharap andai ini semua telah ditakdirkan untukku hadapi semasa hayat ku atas dunia ini ..
berilah aku sedikit masa dan peluang untukku membahagiakan kedua-dua insan kesayanganku.. ayahandaku dan bondaku yg tercinta...” Amiinn !

Izinkan Aku Menangis :(


Syukur alhamdulillah kepada Allah s.w.t kerana masih lagi diberi nafas olehNya dan dipinjamkan roh untuk terus mengabdikan diri kepadaNya .. Hidup ni penuh dgn ujian yg dihantar olehNya agar diri kita ini sentiasa mengingatiNya setiap masa .. :(


Aku ingin menangis seketika,
Mengenang diri yg semakin dewasa ini,
Hidup kita sememangnya tidak sempurna,
Tetapi hakikatnya kita perlukan kesempurnaan untuk hidup ..


Sekali lagi aku terjatuh dan terjatuh..
Tak mampu lagi nak bangkit menyuarakan apa yg tersirat dalam qalbu..
Hanya mampu berdiam diri ketika diri sendiri di persalahkan setiap hari..
Aku biarkan semua ini terus berlalu dengan sekelip mata..


Sekali lagi berlaku dan terus berlaku..
Adakah aku cukup kuat utk bertahan dan terus mempertahankan semua ini ?
Sampai bila hati akan jadi sebegini?
Memendam rasa hingga penghujungnya?
Bukan ini yg aku mahukan dari sebuah kehidupan ..
Kebahagiaan yang ingin dikecapi hanya mimpi ..
Sesekali aku takkan pernah nyatakan apa yang aku inginkan ..


Kenapa harus aku menangis dan terus menangis?
Adakah aku sedang bermain dengan emosiku sendiri?
Atau aku sedang asyik melayani mimpi disiang hari?
Inilah dugaan yg harus aku tempuh
Aku kuatkan diri menghadapi ini semua..
Biarlah dengan kata orang..
Aku tetap akan teruskan kehidupan didunia yang fana ini….
Kerana aku tahu tiada kehidupan yg lebih bahagia..
Melainkan di akhirat sana kekal abadi ..

Izinkanlah aku terus menangis di dunia ini…
Kerana aku tahu satu hari nanti tangisanku ini bakal terhenti .. :'(

Wassalam ..

Friday 17 May 2013

Sabarlah Cinta :(

Dulu aku terfikir bhw 'menangis' ialah tanda diri ni lemah. tapi sebenarnya ada hikmah di sebalik tangisanku kali ini. Baru ku sedar nikmat air mata dan kesedihan yg ku alami ini mendekatkan diriku kpd yg lebih layak iaitu Allah SWT ..
Kini aku merasai cinta dan kasih sayang Allah, lebih berharga dan manis daripada segala2nya. 'Kehilangan' itu rupanya aku lalui supaya aku merasai satu 'pertemuan' yg hakiki iaitu dgn Allah. Allah mahu mengujiku dgn menjauhkan ku dgn org yg ku sayangi, krn Allah mahu diriku dekat denganNya ..
Seandainya kesedihan yg teramat sgt ini membuatkan ku rindu untuk bertemu denganNya, aku redha dan pasrah kerana Allah lebih ku cintai lebih drpd segala yg ada di langit dan di bumi ..
Aku juga yakin, semua ini pasti berakhir kerana ku yakin yg 'dia' sedang menungguku dan pasti menjemputku pada suatu saat nanti. Aku yakin dengan ayat Allah SWT ini :-

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." -Annur 26
Walau bukan di dunia yg fana ini, insya-Allah, dgn berkat kesabaran, pasti di syurga nanti bersatu juga. Andai sudah ditakdirkan jodoh dgn dia, tiada apa yg dpt mengubahnya kerana Allah Maha Berkuasa. Hanya dgn sedikit kesabaran dan doa yang tdk putus, Allah pasti membalasnya dgn kebahagiaan yg lebih bermakna ..
"Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya"
(Surah al-Furqan, ayat 75)
Cinta yg ada di dalam hati adalah anugerah drpd Allah SWT. Allah menguji hambaNya kerana sayang kepada hambaNya. Allah mahu cinta yg dianugerahkan ini dijaga dan dikawal dgn sebaiknya. Bukannya untuk dirosakkan dengan hawa nafsu dan menodainya dengan larangan2 yg dibenciNya ..

Allah mengajar diriku erti KESABARAN yg selama ini aku tidak berapa fahami. Memang betul, kesabaran mengajar erti hidup ..
Aku yakin dgn Allah SWT. Moga Allah permudahkan segala urusan. Cinta yg ikhlas dan abadi memang sukar untuk dimiliki kerana ia hanya layak untuk org yg bersabar dan berserah diri kepada Allah. Moga diriku tergolong dalam kalangan orang yang sabar. Amiin ~ wallahualam :)
"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya".
(Surah al-Mu'minun, ayat 111)

Dikeheningan Malam :(


Dikeheningan malam yg semakin kelam ..
Dinginnya angin menyapa tubuhku ..
Sepi dan sunyinya terasa mencekam ..
Kucuba bangkit dari tidurku ..

Kuambil air wudhu kubentang sejadah ..
Bersiap sedia menghadap Ilahi ..
DIA-lah Tuhan tempatku berkeluh kesah ..
Mengadukan keinsafan diri ..


Tuhan
Dengarlah munajat hambamu ini ..
Insan yg penuh noda dan dosa ..
Betapa byk dosa yg kulakukan ..
Ampunilah diriku insan yg penuh dgn kelemahan ..


Kuhadapkan wajahku ini ..
Pada Tuhan pencipta langit dan bumi ..
Pandanglah dengarlah rintihan ini ..
Aku insan yg selalu lupa diri ..

Sembah sujudku padamu wahai Tuhan ..
Kumenangis memohonkan ampunanMu ..
Engkaulah Tuhan yg penuh belas kasihan ..
Munajat hamba dikeheningan

Tiada ertinya hidupku ini ..
Tanpa rahmat dan jua hidayah-Mu ..
Ya Allah bimbinglah diri ku in ..
Menuju jalan keredhaan-Mu ..


Amiin Ya Allahhhhh :'(

Terima Kasih Ibu :)

Sembilan bulan lamanya
Kuberada dalam kandungan ibunda
Dan dilahirkannya jua
Dari rahim ibunda

Alunan azan ditelinga
Saat menyambut kelahiranku
Kalimah yang mulia
Dan penuh rasa haru
 

Betapa sakit yang kau rasakan 
Bahkan nyawa jadi taruhan
Namun tak pernah kau meminta
Balasan dari itu semua
 

Ibunda
Sungguh besar pengorbananmu
Dalam mendidikku hingga harini

Yang telah membesarkanku 

Ibunda
Betapa agungnya jasamu
Ketulusan dan ikhlasmu
Jadi pelita hidupku

Ya Allah ampunilah
Segala dosa ibuku
Berkati dan rahmatilah dan
Tinggikan derajatnya


Amiin :)

Thursday 16 May 2013

Untukmu :)



Awak ?
Awak bukan seperti wanita yg pernah saya temui. Awak ada hak mutlak keperibadian yg tinggi yg susah utk di ganggu gugat oleh para lelaki di luar sana. Sebab itu saya seolah-2 tdk berani utk mendekati awak. Saya tau juga, kasih sayang awak hanye untuk Allah S.W.T dan kedua ibu bapa awak.
Saya lelaki kerdil. Saya jauh beza jika dibandingkan dgn ilmu, amalan awak dan tahap keimanan awak terhadapNya. Saya malu utk mengatakan apa yg terbuku kerna ia ibarat ada satu tembok penghalang yg memisahkan kita. Saya hargai tembok itu yg juga memisahkan kita utk melakukan perkara2 yg tiada faedah, dan akhirnya kita berdua terleka dgn godaan syaitan dan pujuk rayu nafsu. Saya tau semua itu. Dan saya tau awak lebih tau akan semua itu. Saya tau juga yg awak berusaha utk melarikan diri dari semua itu –takut ada yg murka dgn perbuatan awak termasuk diri saya sendiri. Iaitu Allah S.W.T.
Saya dari dulu sebelum mengenali awak lagi, saya sudah percaya akan bercinta lepas nikah itu adalah yg paling bahagia. Saya tak mahu kasih sayang saya ini, perhatian saya ini diberikan kepada orang yg tidak layak disisi agama dengan cara ber"couple" tapi akhirnya tiada apa2 ikatan. Saya ada asas2 agama tapi saya perlu masa lagi utk perbaiki mana2 kelemahan saya.
Saya tau apa yg awak pegang selama ini. Awak pegang bahawa, " Wanita solehah itu aurat dijaga, pergaulan dipagari, sifat malu pengikat diri, seindah hiasan di dunia ini. Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya. Kemanisan wanita solehah itu tidak terletak pada kemanjaanya. Daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu dan bukan dan tidak sama sekali.
Tapi ada satu perkara yg pasti, saya belum cukup bersedia utk semua ini kerana saya takut saya tidak mampu memberikan bimbingan dan layanan yg baik utk seorang yg saya boleh katakan hampir sempurna di mata saya. saya pasti awak baik orangnya. Awak garang orang nya. Awak sombong bertempat. Awak garang bertempat.
Saya harap awak sudi tunggu saya. InsyaAllah, saya akan pastikan semua perkara stabil dari segi zahirnya dan batin. Saya nak awak hidup sempurna di samping saya. Saya nak jadikan awak orang yang paling bahgia berada dgn saya.
Seperti awak, saya juga tidak mau utk bercinta sebelum nikah. Saat segalanya telah sedia, izinkan saya untuk meneruskan langkah untuk bertemu wali awak.  Namun, jika awak belum bersedia, saya akan tunggu awak. 
Untuk wanita yang pertama ada dalam hati saya ..