Monday 24 September 2012

Seandainyaku Pergi Dulu ...


Tiba-tiba aku teringat diri aku semakin hampir dengan ajal yang telah ditetapkan oleh yang Maha Esa ! Dalam usia aku yang masih 'mentah' ini , aku merasakan terlalu banyak dosa yang aku sedang pikul ..aku sentiasa terfikir apakah bekalan yang aku bawa nanti apabila bertemu yang Maha Kuasa ..

Aku sering berdoa agar dipanjangkan usia supaya aku sentiasa dapat bertaubat dan kembali kepadaNya .. Aku mempunyai cita-cita tersendiri iaitu aku sangat teringin menguruskan sendiri jenazah kedua ibu bapaku sendiri   jika dipanjangkan usia .. Jika aku pergi dahulu ,aku sangat berharap agar adik beradikku yang lain mampu menunaikan hajatku yang tersimpan  ! Ma ! Abah ! jangan tangisi jika umair pergi dahulu kerana semuanya telah ditakdirkan semuanya oleh yang Maha Esa ... umair akan usaha persembahkan result yang terbaik dalam SPM kelak kerana hanya itu sahaja yang mampu dilakukan untuk membalas segala pengorbananmu ! .. InsyaAllah ..

Kawan ! andai hari ini yang terakhir buatku .. aku harap mu semua maafkan kesilapan yang telah aku lakukan .. aku seorang insan biasa yang penuh dengan kesilapan .. Aku jugak harap mu semua halalkan makan minum aku ! Aku selalu doakan yang terbaik dalam kehidupanmu kawan-kawanku semua ! Tanpa mu semua kawan mungkin aku tidak mampu mencapai kejayaan seprti hari ini .. Andai aku pergi dahulu . jangan ziarahi jenazah aku kerana pada masa itu aku tak mampu  untuk mengelap air matamu lagi ! Pada masa itu , aku hanya mengharapkan doa  daripadamu ! Aku sering teringat dengan satu ungkapan iaitu setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati ... Wassalam !

#SAYANGMUKAWAN !!

Ya Allah , Panjangkanlah usiaku , usia kedua ibu bapaku dan usia rakan-rakanku ini ...


Sunday 23 September 2012

Ragam Rakan-Rakanku !


Hyeee , Hyeee , Hyeee !

Okayyy ! malam nihh ada jugak masa lapang sikit untuk update blog ..malam ni umair nak citer pasal ragam rakan-rakan umair ! hehehe

Banyak orang banyak ragam ...sepanjang umair hidup selama hampir 17 tahun nie macam-macam jenis orang ada ..ada hamba Allah seorang ni mengata orang dibelakang tetapi buat baik bile face to face hahaha ..tak pasti apa motif dia buat macam tuh ?? kalau owner dia tahu apa yang dia mengata umair rasa kompem owner dia susah nak maafkan kot ...

Ada seorang hamba Allah tuh tidak boleh tengok kesenangan yang ada pada orang lain ..Allah dah tetapkan rezeki masing-masing so buat apa nak jeles kan ? mungkin ada hikmah disebalik kekurangan yang ada pada kita ..Hamba Allah tuh hanya tunggu je orang dia jeles tuh buat salah ,,time tu jugaklah dia buat apa yang patut ..

Adakala semua yang orang buat salah dimata dia ! semua yang orang buat dia akan kritik ,seolah-olah diri dia 100% sempurna ..kita semua memang tak sempurna ,semua pernah buat salah , tapi kita hanya mampu cuba untuk menjadi sempurna dengan sebaik mungkin ..

Okay lah kawan ! sebenarnya ada banyak lagi ragam manusia-manusia nih tetapi masa tak mengizinkan dan sangat terhad ...aku kena sambung study plak dan lebih gigih lagi sebab exam SPM dah semakin hampir .. aku harap semua rakan-rakanku mencapai kejayaan yang diimpikan selama ini .. aku tak pernah lupa rakan-rakanku dalam doa ..dalam kesempatan nih jugak aku nak mintak maaf kalau ada terkasar bahasa atau perubahan yang ada pada diri aku nihh ok ..Wish you gudluck kawan dalam SPM 2012 !! do the best !! 
jangan lupa :-

*USAHA*DOA*TAWAKKAL*

#SAYANGMUKAWAN !






Friday 21 September 2012

Ini Kisah Aku ..

6.15 am

*TutTutTut*BipBipBip*
Aku wake up dari tidurr.."Ah..serabut lhaa aq alarm ni"
Thennn ,tak tahan sgt bnyi bsing lalu aku tekan SNOOZE ..
Aku still mengantukk !! "kataku dalam hati yang dibelenggu dengan seribu kemalasan ! "

6.25 am

*TutTutTut*BipBipBip*
huaaarrrghhhh !! kali ni malasku utk bngun tidur semakin menjadi2 ..
Kmudian dgn cepatnya aku ambik phone then tekan SNOOZE lagi ..
Terdetik dlm hati berbagai2 alasan semata-mata nak continue tido lagii ..

6.45 am

"LUQMANNNN !!!!" tersentak aku bile terdengar jerkahan dari ibuku ..*Mak aku suka panggil dengan nama tuhh *
"Ni smlam tido pkul bpe ntah yg liat sgt nak bngun nihh"smbung ibuku lagi ..
Tgk jam dah pkul 6.45 ,yess ! snooze alarm punya pasal dah kan dah terlajak ..
Cepat-cepat  terjun dari katil sambil dalam hati terdetik "bestnya kalu harini cuti skola"
Tgk bilik air smua dah full dgn adik2 aku ..Inilah akibat kalau wake up lambat ...aduyaii !

*DAM.DAM.DAM*
"Sape kat dalam nihh ? cpt lhaa ckitt ,, lewat dah nihh woiii " teriak aku
"jap lahh ,,aku baru masuk belum buat ape2 agi dahh suruh kluar " jawab adikku
Camnyy lah padahnya kalu bngun lmbat ..aduyaiii !
Pergi kat luar ambik air sembahyang untuk solat subuh ..
Kalau nak tunggu bilik air kosong,kompem terlepas SUBUH ! ..

7.15 am

"haaaaaaaa ?? 7.15 ?? habislahh aku ..nasib baek sempat solat Subuh" terdetik dihatiku
Nasib baik baju skolah ,timetable n other dah diuruskan malam semalam ..kalu tak ...hbislahh !!

7.30 am

Aku pergi ke sekolah bersama dua classmateku yang lain iaitu Leyka ngn Iffa ( nama panggilan ) .. Aku sampai disekolah tergedik-gediknyaa ..tapi aku lalu ikut pintu belakang sebab dekat dgn rumahku ..biasanya kat pintu belakang ni para pengawas tak buat *roadblock* ,,so aku terselamat daripada masalah disiplin datang lewat ke sekolahh :) ..perhimpunan harian dah start aku baru menjejak kaki kat sekolahh ..

7.35 am

"Mer" terdengar suara kawanku Naim yang menegurku dari belakang ..

"Hah ? mung pom mari lewat gak sekolah ? " sergahku

"Aku biasa dah kam mari lewat nii ,bukannya mung baru taw kam ?? Mung tgk tak English Premier League     ( EPL ) smlam ..City aku kalah do .." katanya untuk berbuka bicara pada hari itu n dalam nada kesedihan ..

"Padan muka mung g support sgt City ,,baek support Barca mcm aku nihh" kata aku dengan keegoannya ..

"hari ni hari selasa kam ? subjek nape awal2 pagi ni haa ?? sambung aku lagi sambil berkerut dahii ..

"BI !! " dengan lantas dan konfiden dia jawab ..

"owohhh ,,hurmm bia lhaa ehh ..nak xnak lalui je lhaa BI pom ..kompem dia bagi 'motivasi' jap gi ? "

"Memang daahh" jawabnya ringkas seolah2 xada mood sbb xboleh terima kekalahan team febret dia ..

"Mer , Naem ..! jom a g dataran ! tak sedap gak orang tgk kite duk dalam kelass .." Jek bersuara

7.45 am

"Ok semua pelajar ,,perhimpunan kita setakat disini shaja ,,Kamu semua boleh masuk ke kelas masing2" Kata cikgu yang bertugas hari tuhh ..

8.00 am

"Teacher datang ! Teacher datang ! " teriak ketua kelasku , Farid

"Alahhhhh ..mari laa pulakk teacher nihh .." rungut rakan-rakanku yang lain ..

"Okayyy semua ,hari ini saya nak awak semua buat kerja sendiri tanpa perlu bising " kata guru English aku ..

"Yesss !! " kataku dalam hati ni ..memang ini yang kami semua harapkan hehe ..

Suasana dalam kelas aku amat bising sehinggakan ..

"Classs !!!!!! " jerit guru Englishku dengan nada marah ..

"Kamu semua ni tak ada kerja yang patut dibuat ke ? kan saya tengah semak paper awak semua ni ,perlahan la sikit suara tuhh .."sambungnya lagi ..

"SPM beberapa hari je lagi tapi buat macam ada masa lagi ,kita ni dah tak ada masa nak berbual kosong ,,bla bla bla bla " sambung nya lagi dengan keadaan marah ..

"Motivasi dah bermula !" bisikku kepada rakan sebalahku

9.00 am

"Thank you teacher ! " jerit ketua kelasku menjalankan tugasnya ..

"Fuhhh lega sikit" kataku dalam hati ..

"Okeyy class duduk dekat tempat masing-masing semua ,saya nak umumkan result subjek math awak semasa trial baru-baru ini " kata cikgu math aku ..

"Umair ! kenape math awak tak dapat A ? sepatutnya awak dapat A sebab cikgu target awak dapat A " Cikgu memandangku dengan tertanya-tanya .mukaku merah menahan malu ..

"Lepas ni jumpa saya dekat bilik guru ,,saya nak bagi buku latihan and make sure siapkannya "kata cikgu aku lagi tetapi dia tidak menunjukkan reaksi marah ..

Tapi aku terima baik teguran cikgu aku tuhh sebab kata-kata dia tuhh dapat menaikkan semangat aku ni yang sedang membara menuju SPM yang kian hampir ..

10.20 am

Waktu rehat sudah tiba ..

"Mer ..nak rehat kat mana ? kantin ke koperasi ?" tanya rakanku , Bob ,dari luar kelas ..

"Aku dahh kenyang ..jom pergi koperasi je lha ,lagi pun aku tak rasa nak makan harini .." kataku jujur ..

"Wehh bile ad masa free ? aku nak ajak main futsal nihh .." tanya Bob dengan penuh harapan ..

"Bila ? versus team mana ? insyaallah aku akan join .." kataku lagi ..


Bersambung ....