Friday 17 May 2013

Sabarlah Cinta :(

Dulu aku terfikir bhw 'menangis' ialah tanda diri ni lemah. tapi sebenarnya ada hikmah di sebalik tangisanku kali ini. Baru ku sedar nikmat air mata dan kesedihan yg ku alami ini mendekatkan diriku kpd yg lebih layak iaitu Allah SWT ..
Kini aku merasai cinta dan kasih sayang Allah, lebih berharga dan manis daripada segala2nya. 'Kehilangan' itu rupanya aku lalui supaya aku merasai satu 'pertemuan' yg hakiki iaitu dgn Allah. Allah mahu mengujiku dgn menjauhkan ku dgn org yg ku sayangi, krn Allah mahu diriku dekat denganNya ..
Seandainya kesedihan yg teramat sgt ini membuatkan ku rindu untuk bertemu denganNya, aku redha dan pasrah kerana Allah lebih ku cintai lebih drpd segala yg ada di langit dan di bumi ..
Aku juga yakin, semua ini pasti berakhir kerana ku yakin yg 'dia' sedang menungguku dan pasti menjemputku pada suatu saat nanti. Aku yakin dengan ayat Allah SWT ini :-

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." -Annur 26
Walau bukan di dunia yg fana ini, insya-Allah, dgn berkat kesabaran, pasti di syurga nanti bersatu juga. Andai sudah ditakdirkan jodoh dgn dia, tiada apa yg dpt mengubahnya kerana Allah Maha Berkuasa. Hanya dgn sedikit kesabaran dan doa yang tdk putus, Allah pasti membalasnya dgn kebahagiaan yg lebih bermakna ..
"Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya"
(Surah al-Furqan, ayat 75)
Cinta yg ada di dalam hati adalah anugerah drpd Allah SWT. Allah menguji hambaNya kerana sayang kepada hambaNya. Allah mahu cinta yg dianugerahkan ini dijaga dan dikawal dgn sebaiknya. Bukannya untuk dirosakkan dengan hawa nafsu dan menodainya dengan larangan2 yg dibenciNya ..

Allah mengajar diriku erti KESABARAN yg selama ini aku tidak berapa fahami. Memang betul, kesabaran mengajar erti hidup ..
Aku yakin dgn Allah SWT. Moga Allah permudahkan segala urusan. Cinta yg ikhlas dan abadi memang sukar untuk dimiliki kerana ia hanya layak untuk org yg bersabar dan berserah diri kepada Allah. Moga diriku tergolong dalam kalangan orang yang sabar. Amiin ~ wallahualam :)
"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya".
(Surah al-Mu'minun, ayat 111)

No comments:

Post a Comment