Thursday 16 May 2013

Warkah Untukmu :)

Ya Allah, malam ini terasa sunyi sekali. Apakah sebenarnya yang aku sunyi? Adakah sunyi kerana aku semakin jauh dariNya, atau sunyi kerana terasa hidup kekosongan dan memerlukan seorang teman yang dpt mengembirakan hati saat aku suka dan duka ..


Wanita,
Satu nama yang dpt melembutkan jiwa seorang lelaki yang perkasa. Kau mempunyai kuasa yg luar biasa wahai insan yang bergelar wanita .. Wanita yang hebat ialah wanita solehah .. 


Wahai wanita,
Di hati ini penuh rasa cinta kepadamu . Cintakan ketaqwaanmu , cintakan ketaatanmu, cintakan agamamu, cintakan jiwamu yang mencintaNya . Bukan sengaja untuk aku mencintaimu wahai wanita ,  tapi oleh kerana  cintaku kpd Allah lah yg menyebabkan aku mencintai hambanya yg digelar "wanita" .. inilah anugerah yang diberikanNya kepadaku untuk aku menyayangi kaummu ..


Wahai wanita,
Saat aku mencurahkan rasa hati ini, tidak putus rasa bimbang ku kepada dirimu dan kaummu .. Baginda telah berpesan kepada kaummu agar sentiasa berwaspada dalam setiap tindakan kerana kaummulah yang mudah untuk menghuni neraka .. Tapi ingatlah wahai kekasihku, Dia maha adil dan maha pengampun .. Mohonlah keampunan dariNya selagi mana nafas masih ada .. Dia telah mengurniakan 1001 kemuliaan kepadamu .. Bersyukurlah !

Wahai kekasihku,
Aku menulis syair-syair cinta dengan kalimahNya yang agung untuk kau hayati .. Syair-syair ini diibaratkan embun, dan hatimu adalah sekuntum bunga yang mekarnya mempersona .. Maka aku berharap, setiap embun-embun ini apabila ia hinggap di kelopak-kelopak cintamu akan membuatkan cintamu padaNya dan padaku semakin subur .. :)


Wahai kekasih,
Dirimu sangatlah berharga .. Martabatmu sangatlah tinggi darjatnya .. Aku sangat berterima kasih kepadamu seandainya memilih diri ini sebagai pemimpinmu satu hari nanti .. Akan ku pimpinmu ke jalan yang diredhai Illahi .. Takkan ku biarkan kau tersungkur di pertengahan jalan .. Selagi aku masih di sisimu, akan ku lindungimu dari segala halangan dan rintangan yang mendatang .. Taat lah aku selagi mana aku taat kepada Allah dan RasulNya .. :)


Wahai kekasih,
Harapanku agar kau terus memelihara adab dan akhlakmu agar sentiasa berada dalam redhaNya .. Jadilah hambaNya yang sentiasa mendapat rahmat dariNya .. Akan aku setia menanti dirimu walau di mana saja kau berada tika ini .. Dan akan ku pelihara cinta ini hanya untukmu .. :|


Wallahualam .. Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment