Thursday 19 July 2012

Ramadhan al Mubarak ~ ^_^

hyeeeepppp ! !

haaaaaa !! trutama skali syukur Alhamdulillah krn mempunyai masa terluangg yg sblom ny terikat dgn jdual yg padat ..maklum lerrr student lhaa kan examm p0m daa hmpir dekat ...frust2 !! btw wlaup0m frust ngn study umair tetap hepyyy sgt2 sbb bulan yg pling mulia bagi umat Islam iaitu Ramadhan nihhh akan tibe bbrpa je hari lagi ..kpd sesape yg blom hbess lagi ganti tuu cepat2 Qada balek taw terutamanya kaum hawa :PP heeeee !! 

Nak taw knape umair heppy sgt bile tiba bulan Ramadhan ny ?? hurrmmm sbb pd bulan ny lhaaa bykk ganjaran phala drp ibadat yg kita lakukan n pd bulan ini jugak adanya Lailatul Qadr , nak taw ap dye tuu ?? pandai2 lhaaa search dlam Internet tuu ok ..so dlm kssempatan ny same2 lhaaa kita perbnyakkan ibadat kita ..mane lhaa taw kan Ramadhan nii yg last untuk kita ..ajal kita ditentukan olehNya yg Maha Esa ..so kita hnya mampu berdoa supaya dipanjangkan umur agar dpt mnikmati bulan Ramadhan lagi akan datang !! aminn :)

dan akhir skali ,,umair berazam pd bulan Ramadhan kali nyy dpt pnuhkann Solat Sunat Terawihh spt yg thun2 yg lpass yg pnuhh dgn fadhilatnya !! ..kbhaiii :) !


Tuesday 10 July 2012

Orang Buta dgn Syaitan . .

Hyeeeeeeepppppp

Jhummm baca ny :)

Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid. Ada tali yang dibuat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair. 

Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, dia rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid. 

Beliau bertanya kepada orang tersebut, siapakah dia. Orang itu menjawab Aku adalah syaitan.?

Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. 

Syaitan menjawab, Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu.? 

Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal ..

Wallahualam ~ :)

Ayat Kursi :)

           Hyeeepppp

Okeyyy !! jhumm baca kisah nyyy :)


Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W utk mnjg gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba2 muncullah ssorg, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah mmg patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.

"Akn aku adukan kamu kpd Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.

Bkn main takutnya pencuri itu mndgr ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya byk, sementara saya sgt memerlukan makanan."

Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pd akhirnya akn diberikan kpd fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.

Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kpd Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yg dilakukan kpd tawananmu smlm, ya Abu Hurairah?"

Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bhw ia org miskin, keluarganya byk dan sgt memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kpd pencuri itu,, lalu dilepaskannya.

"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi."

Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya org miskin, keluarga saya byk. Saya berjanji esk tak akn kembali lagi."

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mndgr keluhan org itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kpd Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya spt kelmarin. Dan setelah mndpt jawapan yg sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."

Mlm itu Abu Hurairah berjaga-jaga dgn kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik2. Diperhatikannya dgn teliti setiap gerak- geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar2 dtg spt diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tdk akn melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tdk sabar lagi menunggu-nunggu dtgnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu saja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akn kuberikan ampun."

Mlm semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba2 muncul sesosok bayangan yang dtg menghampiri longgokan makanan yg dia jaga. "Nah, benar juga, ia dtg lagi," katanya dalam hati. Dan tdk lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.

"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tdk akn dtg lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dgn rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akn saya ajari tuan beberapa kalimat yang sgt berguna."

"Kalimat2 apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dgn rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akn selalu dipelihara oleh Allah, dan tdk akn ada syaitan yg berani mendekati tuan sampai pagi."

Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebgai penjaga gudang.

Dan keesokan harinya, ia kembali mghadap Rasulullah S.A.W utk melaporkan pengalamannya yg luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yg mengajarinya kegunaan ayat Kursi.

"Apa yg dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.

"Ia mengajariku beberapa kalimat yg katanya sgt berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.

"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.

Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akn selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."

Mndgr cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu tlh berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yg bertemu denganmu tiap malam itu?"

"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.
"Itulah syaitan."

Sunday 8 July 2012

Gerimis Mengundang :)

Hyepppppp !!

haaaa !!! mlm ny umair nak kongsi ngn korunk satu citer ..citer ap ?? GERIMIS MENGUNDANG !! 
korunk da tgk sblom ny ?? kalau da tgk ap kate tgk lgi skaly ...okeyyhhh jhumm layan ~



Friday 6 July 2012

Solat Sunat Tahajjud

Hyeeeppppp !!

Haaaa !! pada malam ny umair nak post pasal Solat Sunat Tahajjud (*ehh btol ke eja camto ekk??) sory kalau silap ...heeee ..umair nak tnye korunk prnah buat x solat ni ekk ?? oyaa ..solat sunat ny agak sukar utk dilakukan bg ssiapa yg xprnah lakukan memandangkan waktu dyee 1/3 malam ( best tido time ny ) heee...kpd yg xprnah buat to lpas ni amalkannye pada setiap mlm ok byk fadhilat taw  :) ...OK jhumm bace kt bwh ny plak ..pastikan baca sampai hbess taw jgn maen skip-skip plak  :)  !! 

Jhummm baca hadis ni :

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Kesusahan hanya dirasai mereka yg jarang atau tak prnah melakukannya, tp bagi mereka yg biasa, ia mnjdi satu kenikmatan.Malah, bg yg dpt menghayatinya mereka akn berasa kerugian bsr jika tertinggal drpd mengerjakan solat sunat ny..

Pada 1/3 malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas utk mengumpul air mata taubat bg menyiram api neraka yg sedia menanti utk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Nak taw keistimewaan Solat Tahajjud ?? OK jhummm baca ni :

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat mlm dgn berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-

* Jauh drpd segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Perckpannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Sementara empat perkara di akhirat ialah:-

* Dibangkitkan dari kubur dgn wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cpt melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”

Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).

Beberapa keutamaan yg diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah spt berikut:

1. Tercatat sbg org yg baik dan berhak mendpt anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).


2. Mendpt penyempurnaan di ats kekurangan dlm ibadat wajibnya, hingga dpt menempati 
    darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).


3. Mendpt pujian drpd Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).


4. Dilihat sbg org yg beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).


5. Darjatnya dibezakan dgn org yg malas (Surah az-Zumar ayat 9).

Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”

Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah S.A.W, “Ketika Rasulullah S.A.W masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah S.A.W. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau. Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika, saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi itu ada beberapa orang yang saya kenal. Saya lalu berkata, “Saya berlindung kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan malaikat lain yang berkata padaku, “Jangan takut.” Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja di malam hari.

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).

‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

haaaaaaaa !!! daaa hbesss baca ?? so , camne ?? byk tak keistimewaannya ..mungkin byk lagi kot keistimewaan dye yg kita tak taw ...tp yg pntg AMALKANNYA pd stiap mlm ok :) ...hurmmm ok smpai sini dulu post umair utk mlm ni ...hari ny hari yg memenatkan so kne tido awl cket bru cergas esk hari :) ...nnty klu ad lgi masa lapang umair akn post bnda laen plak ok ....jgn lupa solat tahajjud !! heeee

Kbhaiiiiiiiiiii :) Gud Niteee !!!




Wednesday 4 July 2012

Sebab Otak Menjadi Lemah


hyeepppp !! 
Setelah beberapa bulan tak update post kat blogg nih akhirnyeee dpt jgak updatee ..so mlm niy umair ad bnde nak share ngn korunk smua ok untuk kebaikan bersama yg bertajuk SEBAB OTAK MENJADI LEMAH...share is caring :) heeeee jom baca !!
1. Tidak mengambil sarapan pagi
Korunk ambk sarapan pagi x??jgn lupe ambk taw !!Apabila ssorang tak ambk sarapan pagi, paras gula dlm darah akn mnjdi rendah. Ini akn mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pd otak dan menjadikannya kurang aktif.So,,ni la sebabnye knape kita perlu ambk sarapan ok ..
2. Terlebih makan
haaaa ?? terlebih mkn ?? ishhh ni slh satu drp sifat umair :( ,,hee skli mkn 2-3 pggan nak2 time blek skola ..so ,,spe ad tabiat camny pas ni kne lhaa krgkan cket mkn ni ...Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. PerokokYesssss !!! alhamdulillah stkat niy umair xprnah lg merokok so hrp2 ia kekal smpai ke akhr hyat :) ..heee !! Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
Jauhi kwsan pencemaran udara yg tggi ok :) ??Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
whaaaaaaattt ??? my hoby laa terutamanya lpas blek skola (waktu petang)!!!! bru taw rupe2nyee terlebih tidur mmbwa keburukan kpd otak kita ..so u ollz jgn ikut hobi buruk umair ni ok? heee ..Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tp masa tidur yg panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
korunk msty pernah buat camny kan ?? jgn amalkannyee ok ..adee effect !! Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa korunk kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
waahhh !! lpas nie kne byk imiginasi lha heeee ...errr tp nak imagine ap ekkk??Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
Bnykkan berfikir ok !! tp !! jgn pkir prkara2 yg mngarot suda nnti jd laen pulak otak kita nih !! heee Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yg membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
*stkat ni dlu perkongsian umair untuk korunk smua ok...nnti klu ad mase terluang umair akn post mnde laen plak :) !!
Kbhaiiiiiiiiiiii !!! :')  Maaf jika ad salah silap :)