Thursday 16 May 2013

Untukmu :)



Awak ?
Awak bukan seperti wanita yg pernah saya temui. Awak ada hak mutlak keperibadian yg tinggi yg susah utk di ganggu gugat oleh para lelaki di luar sana. Sebab itu saya seolah-2 tdk berani utk mendekati awak. Saya tau juga, kasih sayang awak hanye untuk Allah S.W.T dan kedua ibu bapa awak.
Saya lelaki kerdil. Saya jauh beza jika dibandingkan dgn ilmu, amalan awak dan tahap keimanan awak terhadapNya. Saya malu utk mengatakan apa yg terbuku kerna ia ibarat ada satu tembok penghalang yg memisahkan kita. Saya hargai tembok itu yg juga memisahkan kita utk melakukan perkara2 yg tiada faedah, dan akhirnya kita berdua terleka dgn godaan syaitan dan pujuk rayu nafsu. Saya tau semua itu. Dan saya tau awak lebih tau akan semua itu. Saya tau juga yg awak berusaha utk melarikan diri dari semua itu –takut ada yg murka dgn perbuatan awak termasuk diri saya sendiri. Iaitu Allah S.W.T.
Saya dari dulu sebelum mengenali awak lagi, saya sudah percaya akan bercinta lepas nikah itu adalah yg paling bahagia. Saya tak mahu kasih sayang saya ini, perhatian saya ini diberikan kepada orang yg tidak layak disisi agama dengan cara ber"couple" tapi akhirnya tiada apa2 ikatan. Saya ada asas2 agama tapi saya perlu masa lagi utk perbaiki mana2 kelemahan saya.
Saya tau apa yg awak pegang selama ini. Awak pegang bahawa, " Wanita solehah itu aurat dijaga, pergaulan dipagari, sifat malu pengikat diri, seindah hiasan di dunia ini. Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya. Kemanisan wanita solehah itu tidak terletak pada kemanjaanya. Daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu dan bukan dan tidak sama sekali.
Tapi ada satu perkara yg pasti, saya belum cukup bersedia utk semua ini kerana saya takut saya tidak mampu memberikan bimbingan dan layanan yg baik utk seorang yg saya boleh katakan hampir sempurna di mata saya. saya pasti awak baik orangnya. Awak garang orang nya. Awak sombong bertempat. Awak garang bertempat.
Saya harap awak sudi tunggu saya. InsyaAllah, saya akan pastikan semua perkara stabil dari segi zahirnya dan batin. Saya nak awak hidup sempurna di samping saya. Saya nak jadikan awak orang yang paling bahgia berada dgn saya.
Seperti awak, saya juga tidak mau utk bercinta sebelum nikah. Saat segalanya telah sedia, izinkan saya untuk meneruskan langkah untuk bertemu wali awak.  Namun, jika awak belum bersedia, saya akan tunggu awak. 
Untuk wanita yang pertama ada dalam hati saya ..

No comments:

Post a Comment